Pengenalan


Galeri Desa ini mempamerkan evolusi sejaran perkembangan pembangunan luar bandar sebelum dan selepas kemerdekaan yang dapat dihayati melalui bahan yang dipamerkan antaranya artifak, gambar, peta kawasan pembangunan, carta dan fakta sosio-ekonomi. Galeri ini juga dapat mendidik pengunjung tentang perubahan pembangunan luar bandar mengikut era transformasi pertama dan kedua. Galeri Desa ini dirasmikan pada 1 Oktober 1998 oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Anuar bin Musa yang merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar pada ketika itu.

Galeri Desa ini juga mempamerkan artifak yang berkaitan dengan kehidupan luar bandar. Pengunjung pasti teruja dengan keunikan artifak yang dipamerkan di sini, kerana artifak ini akan mengimbau masa silam kehidupan di luar bandar. Terdapat lebih daripada 100 artifak yang dipamerkan sama ada dalam bentuk replika, kraftangan atau barangan antik.


Log in to your account:


Waktu Operasi

Kami
Isnin 08:00 - 17:00
Selasa 08:00 - 17:00
Rabu 08:00 - 17:00
Khamis 08:00 - 17:00
Jumaat 08:00 - 17:00
Sabtu Tutup
Ahad Tutup
Cuti Umum Tutup

Powered by Koha