Fasiliti


  a)    Ruang Bacaan

Kapasiti ruang bacaan boleh menampung seramai 100 orang pembaca dalam satu masa. Terdapat tiga (3) ruang bacaan iaitu ruang bacaan ilmiah, ruang bacaan surat khabar/majalah. Dan ruang bacaan kanak-kanak.

 

b)    Bilik Perbincangan 

Perpustakaan menyediakan satu bilik perbincangan yang boleh menampung pengguna sehingga 12 orang dalam satu (1) masa. Bilik perbincangan ini boleh digunakan dengan mendapat kebenaran Pustakawan.

 

c)    Internet/WiFi

Kemudahan ini disediakan untuk mengakses maklumat secara percuma kepada semua pengguna perpustakaan.

 

d)    Mesin Fotokopi

Perpustakaan menyediakan kemudahan fotokopi untuk ahli perpustakaan yang berdaftar sahaja. Peraturan menggunakan kemudahan fotokopi tertakluk kepada AKTA HAK CIPTA 1987 dan AKTA HAK CIPTA (Pindaan) 1990. 

 

e)    Bilik Tayangan

Bilik tayangan perpustakaan boleh menampung pengguna seramai lapan belas (18) orang dalam satu masa. Tayangan video yang disediakan adalah berunsur pendidikan, agama, kesihatan, ekonomi, budaya, patriotic dan rekreasi. Bilik tayangan ini juga menyediakan kemudahan siaran televisyen untuk saluran informasi yang berfaedah sekiranya diperlukan.

 

f)     Bilik Bagasi (Lokar)

Kemudahan ini disediakan bagi membolehkan pengguna menyimpan barangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Terdapat sebuah lokar yang boleh menampung lima belas (15) ruang berkunci dan sebuah rak yang mempunyai lapan belas (18) ruang terbuka.



Log in to your account:


Operation Hour

Monday - Thursday 08:00 a.m - 17:00 p.m
Friday 08:00 a.m - 12:15 p.m
14:45 p.m - 17:00 p.m
Saturday/Sunday/ Public Holiday Close

Powered by Koha